
izzati.saifulnizam
4 tahun
Ujian sampel kahak sebanyak 3 kali
saya perlu buat ujian sampel kahak. tetapi saya tiada batuk dan tiada kahak. jadi macam mana utk saya nak dapatkan kahak tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya ujian kahak atau sputum diperlukan dalam penyakit seperti:
- Pneumonia
- Jangkitan Tuberculosis
- Keradangan saluran pernafasan
- Jangkitan kuman paru-paru
- Penyakit obstruktif kronik paru-paru
Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan kahak seperti:
- Minum air suam boleh menyenangkan proses untuk keluarkan kahak
- Tarik nafas dalam sebelum batuk
- Jika sukar, doktor akan memberikan air garam yang akan menyebabkan anda untuk batuk lebih kuat
- Kaedah bronchoscope
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!