Sulit
5 tahun
Ulcer di vagina pedih
Sy berusia 30an. Baru baru ini sy mendapati bile sy kencing terasa seperti pedih2. Bile sy cek vagina sy, ade seperti ulcer di vagina sy. Apa ubat dan treatment yg perlu sy lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser dan benjolan yang terdapat pada bibir kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Sista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Alahan bibir kemaluan pada bahan pencuci atau kain seluar dalam sehinggakan melecet
- Jangkitan kuman/kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































