Sulit
3 tahun
Ulser di alat sulit lelaki
Adakah ulser dr jangkitan penyakit kelamin meninggalkan parut yang kekal di alat sulit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Ulser pada kemaluan boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Kadar proses penyembuhan ulser pada bahagian kemaluan memerlukan masa untuk sembuh, anda perlu dapatkan rawatan yang betul daripada doktor. Pembentukan parut adalah bergantung kepada saiz ulser yang ada pada bahagian kemaluan anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.