Anonymous
6 tahun
Ulser dibahagian kemaluan
Saya wanita berusia 24tahun. Saya mengalami ulser dibahagian kemaluan saya. 17hb ada pergi jumpa doktor dan pakai ubatnya. Tapi ulser dibahagian kemaluan itu makin membesar dan terkena air dia pedih. Adakah benar itu ulser.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka pada kemaluan boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































