
Sulit
5 tahun
Ulser pada kemaluan
Sejak minggu lepas kemaluan saya penuh dengan luka yang seakan ulser sehingga saya takut untuk membuang air kecil. Adakah saya perlu pergi ke klinik atau bergantung kepada ubat alergic yang telah diberi sbelum ni ? Sy perasan keadaan menjadi lebih teruk selepas mengambil ubat anti biotik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti herpes simplex
- jangkitan kelamin seperti sifilis
- chancroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.