
Sulit
4 tahun
Ulser pada mulut selepas seks oral
Saya telah melakukan seks oral pada seorang lelaki. Kemudian ulser telah berlaku dalam bahagian mulut saya. Selain itu, bahagian bawah rahang seblah kanan saya juga mengalami bengkak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit dan bengkak pada pipi dan bawah rahang boleh disebabkan:
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan/auto-imun/batu karang
- Radang kalenjar air liur - akibat jangkitan/auto-imun
- ketumbuhan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.