ganesa87
6 tahun
Unable to intercourse with newly married wife
saya lelaki 32 tahun. everytime nak masukkan penis inside my wife vagina, dia x nak masuk dalam. sangat susah sehingga saya letih dan penis erection jatuh. berkali kali cubapun sama.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami iaitu mati pucuk boleh disebabkan:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Berbincang dengan isteri anda
- Bertenang
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi dahulu
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































