
Sulit
5 tahun
Untuk mencegah kehamilan
Doktor saya nak tanya, saya dan pasangan baru sahaj berkahwin dan belum lagi bersedia untuk mendapatkan zuriat. Kerana kami ada perancangan, tapi saya baru sahaja balik bercuti bersama pasangan kami. Kami melakukan treatment spa, dan bermandi jacuzzi bersama. Kami tidak melakukan hubungan seks dan kami just ringan ringan sahaja tetiba saya pancutkan air mani dalam jacuzzi dan dipenuhi dengan sabun. Dan adakah possibility pasangan saya akan hamil ? Sperm boleh hidup di dalam air ? Bolehkah sperm menembusi vagina pasagan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani mengandungi sperma. Sperma harus tiba di dalam rahim untuk bersenyawa dengan ovum sebelum membentuk janin. Sperma mempunyai kemampuan untuk berenang tetapi hanya di dalam vagina (faraj) wanita sehingga sejauh fallopian tube. Justeru, di dalam kolam tiada sperma bebas yang akan berenang-renang masuk ke dalam faraj wanita. Tambahan pula, adalah digalakkan untuk anda menghindarkan diri dari melepaskan cairan tubuh seperti air mani dan air kencing di tempat awam.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.