Sulit
3 tahun
UPT masih negatif walaupun sudah lewat haid 8 hari
Salam Sejahtera & Assalamualaikum Dr. Saya berumur 27 tahun pada tahun ini dan sudah berkahwin 1 tahun 3 bulan. Pada bulan ini, saya terlewat dtg haid yg sepatutnya pada 13/2. Pada hari kedua lewat, saya cek upt tp negatif, hari kelima & hari kelapan keputusannya masih sama. Namun simptom pms tetap tiada. Sepanjang lewat haid, saya merasakan cramp di bahagian bawah perut, rasa terlalu letih walaupun tidak melakukan kerja berat & bila waktu malam saya merasakan seperti demam, suhu badan tinggi. Tapi keputusan upt masih sama selepas 8 hari lewat haid. Adakah ini bermaksud saya tidak hamil? Selain itu, sebelum berkahwin & diawal perkahwinan haid saya mmg agak tidak teratur dan kadang2 tu sebulan tak dtg haid tapi saya tak syak apa apa kerana saya tidak merancang untuk pregnant. selepas 6 bulan lebih tempoh perkahwinan, haid saya sentiasa on time sehinggalah pada bulan in, dah lewat haid 8 hari. Apa yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Walau bagaimanapun, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh juga boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.