Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Upt negatif ada tanda2 hamil

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 20, 2022 10:48 AM

Sulit 4 bulan

Assalamualaikum… Haid tak datang last haid 20/6-25/6, ada loya muntah dan sakit ari2. Cek 2 kali upt negatif. Saya yang bingung

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang haid lewat dan upt yang negatif. Saya akan cuba membantu.

Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid lewat boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Tekanan atau stress
  • Perubahan jadual waktu harian yang sibuk
  • Kesan ubat-ubatan
  • Pengambilan kontraseptif hormon
  • Masalah tiroid
  • Perubahan berat badan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah

Gejala loya, muntah dan sakit ari0ari yang anda alami juga boleh berlaku disebabkan perkara lain selain kehamilan. Oleh itu, sila rujuk gejala ini kepada doktor untuk siasatan lanjut.

Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah ini.

Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Sep 20 2022 10:48:45 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.