
Anonymous
5 tahun
Upt negatif tapi tidak period
saya wanita berumur 20an. sudah berkahwin.
sudah 4 bulan saya tidak datang bulan .
saya ada membeli upt test tetapi keputusannya negatif. sehingga hari ini masih tiada tanda-tanda untuk datang bulan.
harap doktor dapat membantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Oleh itu, saya cadangkan puan bertemu dengan pakar perubatan untuk langkah selanjutnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan ataupun langkah seterusnya yang sesuai, sila rujuk kepada doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih