Sulit
4 tahun
Upt positif ketika datang haid
Doktor, minggu lepas saya disahkan hamil 4 minggu…tapi semalam saya ada keluar darah seperti darah haid… Saya check upt masih naik double line… Persoalannya, adakah upt tetap akan naik double line bila seseorang wanita sedang haid?? Saya pun tak yakin saya hamil sebab bila scan di klinik doktor masih belum nampak apa-apa…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sekiranya berlaku sebarang pendarahan ketika kehamilan, sila rujuk ke hospital dengan segera kerana terdapat kemungkinan keguguran atau masalah lain pada kandungan.
Mengenai kehamilan anda, kemungkinan kandungan anda masih terlalu awal dan menyebabkan ia sukar dikesan dengan ultrasound scan. Namun, sebaiknya anda merujuk status kehamilan anda ini kepada doktor dengan segera memandangkan anda mempunyai ujian upt positif tetapi mengalami pendarahan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.