
cikbellahashim
5 tahun
UPT tak terang, suhu drop
Hi. saya berumur 30 tahun. sye harini pregnant genap 5 minggu.
13 sept : sye cek upt dan naik double line walaupun samar. lepas tu sye beli clear blue result 2-3 means 4-5 weeks.
14 sept : Sye pegi klinik untuk double cek dan scan since sye demam pertengahan bulan ogos sebab denggi… bila scan doktor kata tak nampak ape2 lagi… mgkin masih awal, mgkin luar rahim, mgkin false result. sye sedih. Balik dari klinik sye test upt balik, alhamdulilah masih ada line.
15 sept : saya cek upt lagi nak tahu makin terang atau tak, dan alhamdulillah terang sikit berbanding semalam.
16 Sept (harini) : sye cek upt awal pgi, upt saya makin tak terang, cek suhu mulut, suhu mulut drop. Last cek malam tu 37.4, pagi nie 36.8. apa kah ini normal? sye risau dan sedih😣

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Ujian kehamilan hanyalah bertujuan untuk mengesan hormon kehamilan. Hormon ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kehamilan biasa
- Kehamilan luar rahim
- Hormon dalam ovari
Manakala ujian kehamilan yang positi dan negatif pada kalanya boleh disebabkan:
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Memandangkan usia kehamilan anda masih lagi awal, anda dinasihatkan untuk mengikuti sahaja temujanji bersama doktor yang akan datang. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil asid folat yang disyorkan serta ujian-ujian kesihatan yang lain. Sekian