
Sulit
4 tahun
Urat di telur bergetarr
Saya lelaki berumur 27. Saya mengalami rasa tak selesa di buah zakar dan saya rasa macam urat di buah zakar saya bergetar seperti tali bergetar. Apa sebab dia ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Namun, maklumat yang anda berikan tidak mencukupi bagi kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah yang anda sedang alami seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan:
- Epididymitis (keradangan testis)
- Ascending testicle
- Hernia inguinal
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Batu karang
- Hydrocele (pembentukan cecair yang menyebabkan pembengkakan skrotum)
- Spermatocele (pembentukan bendalir dalam testis)
- Kecederaan testicle atau trauma kepada buah zakar
- Kanser testis
- Varicocele (pembesaran urat dalam skrotum)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih