Sulit
4 tahun
Urine infection and pelvic pain
saya berumur 27 tahun dan ada masalah urinary infection dan pelvic pain…saya diberikan antibiotic tapi tidak diberikan ubat untuk pain relive sebab ada masalah gastrik…walaupun dah seminggu ambil antibiotic tapi pelvic pain saya masih tidak berkurangan…apa yang harus saya buat untuk kurangkan pelvic pain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, disebabkan anda mempunyai masalah gastrik, terdapat beberapa jenis ubat tahan sakit tidak dapat diberikan kepada anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut berkenaan masalah sakit pada bahagian pelvic dan pinggang anda supaya rawatan dapat diberikan dan ubat tahan sakit yang berkenaan dan sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana kami bimbang keadaan anda bertambah parah dan disebabkan sakit tersebut mengganggu anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

































