
airintasya1
5 tahun
Usia Kandungan Kehamilan
Hai doktor. Dua minggu yg lalu sy buka buku pink di klinik berdekatan. Sy jangka masa pergi tu kandungan sy baru 6weeks sbb kira waktu last period. Semasa buka buku pun nurse kata baru 6weeks. Selepas itu sy pergi ke bilik rawatan berjumpa dgn doc utk scan. Doc kata masih nampak kantung dan suruh dtg lagi 2 minggu utk scan. Doc jangka pn mse tu 6weeks… Sy pulang dan setelah dua minggu sy dtg kembali utk scan sahaja. Sepatutnya usia kandungan dlm 8weeks. Semasa scan doc kata masih nampak kantung dan bila ukur baru 7weeks. Doc suruh datang lagi 2 minggu utk scan. Persoalannya disini, adakah normal usia kandungan berbeza melalui scan. Sy risau jika ada masalah kandungan. Sy juga risau jika lagi dua minggu scan masih keputusan yg sama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat dua cara utama untuk menentukan usia kehamilan, yaitu dengan perhitungan menggunakan formula dan juga dengan menggunakan scan. Harus diketahui juga bahawa semakin besar kandungan, beza perhitungan dengan usia scan dapat selisih daripada 5 hingga 21 hari.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.