Anonymous
6 tahun
Vagina gatal dan bau busuk
salam doktor. saya berumur 25 tahun. saya sangat2 mempunyai masalah persekitaran vagina. seperti kurap yang tiada penyelesaian. pelbagai jenis cream dgunakan. stop 2 3 minggu selepas itu akan gatal lagi. sehingga berdarah bahagian dgaru. masalah ini sangat tidak dapat di atasi saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat candida pada vagina
- jangkitan kulat tinea
- jangkitan kelamin seperti gonorrhoea, chlamydia,
- jangkitan saluran kencing (UTI)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































