
Sulit
3 tahun
Vagina Gatal dan kulit dibahagian vagina jadi tompokan putih. Adakah saya sudah terkena penyakit kelamin? Boleh doctor terangkan secara terperinci kepada saya?
Hi Doctor,saya berusia 30tahun dan pernah melakukan seks dahulu. Kali terakhir saya melakukan hubungan seks adalah pada tahun 2014,soalan saya adalah adakah vagina saya rasa gatal disebabkan hubungan seks dahulu? Walaupun ianya sudah lama berlalu dan adakah saya masih boleh terdedah dengan penyakit kelamin? Walaupun kegatalan ini tidak lah selalu tapi saya sangat risau. Dan saya perasan akibat garu terlalu kuat bahagian kulit yang gatal dah mcm jadi warna putih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kulat
- Iritasi kulit
- Jangkitan seksual (Sexually transmitted disease)
- Kudis buta
- Jangkitan kutu di bahagian kemaluan
- Kencing manis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.