
Sulit
3 tahun
Vaksin az dos ke2 selepas positif covid
Sy disahkan positif covid pada 28.8.2021 melalui ujian swab RTK…Pada 31.8.2021 buat skali lg swab PCR juga positif…Di kuarantin di rumah sehingga 10.9.2021… Sy nak tanya bolehkah sy cucuk vaksin dos ke2 AZ sy pada 14.9.2021 ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya selepas kuarantin anda tidak bergejala, serta ujian Covid terkini adalah negatif, anda boleh terima suntikan vaksin pada tarikh temu janji anda.
Sekiranya anda masih bergejala atau keputusan ujian Covid terkini anda selepas kuarantin adalah positif, mungkinnya anda perlu menangguhkan temujanji vaksinasi anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pusat vaksinasi anda atau doktor anda atau jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini