Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Vaksin COVID-19 - Alahan penicillin

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 9, 2021 2:23 AM

Sulit 12 bulan

Salam Doktor. Ibu saya berusia 71 tahun. Beliau ada alahan kpd penicillin. Adakah beliau layak terima vaksin? Beliau dijangka terima vaksin hujung bulan Mei dan belum diketahui jenis vaksin (sama ada Pfizer atau Sinovac) yg bakal diterima. Mohon pencerahan drpd doktor. Terima kasih😁

(PS: Beliau ada penyakit darah tinggi dan obesiti)

Dr Sashini Seeni 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua individu. Sehingga kini belum ada kajian yang menyatakan pengambilan vaksin akan memudaratkan keadaan seseorang melainkan individu tersebut mempunyai masalah alahan yang teruk. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Anda dikehendaki memaklumkan latar belakang kesihatan ibu anda kepada doktor yang bertugas sebelum menerima vaksin tersebut. Beliau akan menerangkan mengenai kelebihan dan kebaikan vaksin untuk tujuan pencegahan jangkitan COVID-19.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Dikemaskini pada: Thu Sep 09 2021 02:23:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80