Sulit
2 tahun
Vaksin kepada bekas pesakit covid
Saya pesakit covid 19 yang tengah kuarantin , 5/8/2021 saya habis kuarantin, bilakah saya boleh ambil second dose vaksin selepas habis kuarantin? Adakah dalam masa terdekat atau kena tunggu satu tempoh masa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, menurut garis panduan yang diberikan oleh KKM, bekas pesakit Covid disarankan mengambil vaksin Covid-19 selepas 90 hari atau 3 bulan selepas sembuh daripada jangkitan tersebut. Hal ini demikian kerana, bekas pesakit Covid-19 mempunyai imuniti terhadap virus Covid-19 untuk tempoh 3-6 bulan. Memandangkan anda telahpun mendapatkan suntikan dos pertama, kami menasihatkan anda untuk mengemaskini maklumat anda di MySejahtera supaya suntikan dos kedua dapat diberikan mengikut kesesuaian. Kami juga menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan tangan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini