Sulit
3 tahun
Vertigo Selama Sebulan
Hai Doctor. Saya telah mengalami symptoms vertigo selama sebulan, kekerapan setiap hari mostly pada waktu tengahari sehingga ke malam. Saya cuma makan ubat yg dibekalkan klinik untuk bantu saya jalani kehidupan seharian. Saya juga mengalami loya dan pernah muntah sekali. Symptoms tersebut kdg2 saya rasa berada di atas kapal laut, atau kepala rasa berat satu arah, dan juga saya rasa berada di tempat yg tinggi. Selepas sebulan saya rasa okay, lately ni dia dtg balik tp dgn keadaan lain. Saya tak boleh utk menoleh secara mengejut kerana akan automatik rasa berpusing atau tak stab dlm beberapa saat. Dan kepala saya berdenyut utk beberapa saat dan hilang tp rasa tak stabil saya ada cuma saya dah terbiasa dgn keadaan mcm tu selepas saya sakit selama sebulan lebih. Saya nak tanya patut tak saya buat further checkup utk masalah ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah vertigo atau pening kepala sehingga rasa melayang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disyorkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih ragu-ragu. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.