
Sulit
4 tahun
Vulva menggelap walaupun belum kahwin lg
Hi dok, sy nk tnye adakah normal bg seorang wanita yang bekum berkahewin mempunyai celah kelangkang yg gelap walaupun belum menyetubugi mana ii lelaki?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kulit gelap di kawasan ini kebiasaannya disebabkan oleh luka yang tidak sembuh dengan baik dan kemudiannya menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebih gelap. Antara penyummbang kepada masalah ini adalah:
- Menggunakan produk yang salah di kawasan tersebut
- Akibat geseran semasa berjalan atau bersukan
- Mencukur
Oleh itu, masalah ini boleh berlaku walaupun anda tidak pernah bersetubuh.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.