
Anonymous
6 tahun
Waktu sesuai tuk cek upt
Saya wanita berumur 20an…hri yang keberapa sesuai untuk test upt?saya lwat 3hri period…selalu pening dan nak pitam

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Biasanya, ujian kehamilan upt boleh mengesan kandungan seawal usia 2-3 minggu. Namun begitu, haid lewat boleh disebabkan perkara lain.
Haid lewat selama tiga hari boleh menjadi perkara normal kerana keadaan seperti keletihan dan tekanan emosi boleh mengganggu kitaran haid.
Masalah pening dan pitam juga adalah tidak khusus kepada kehamilan sahaja. Maka anda disarankan untuk memantau keadaan anda terlebih dahulu. Jika haid anda masih tidak datang dan anda mengesyaki anda hamil, anda boleh menjalani ujian upt tersebut. Sekiranya anda tidak hamil, maka anda perlu mendapatkan nasihat bagi mengetahui punca masalah haid dan pitam anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.