Sulit
2 tahun
Wanita 24 tahun mengalami buasir luar disebabkan oleh sembelit. Terasa ada benjolan di kawasan dubur dan mengalami sedikit kegatalan
Selamat Sejahtera, Dr. Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah buasir luar disebabkan oleh sembelit. Sudah lebih kurang 3 hari saya merasa ada benjolan di dubur saya dan mengalami sedikit kegatalan di kawasan tersebut. Saya malu untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik. Adakah terdapat alternatif lain yang dapat saya lakukan ? Dan adakah ianya berbahaya sekiranya saya biarkan ? Mohon Dr dapat beri sedikit pencerahan kerana saya berasa sangat sedih dan takut ketika ini. Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penjelasan anda, kami memahami anda mengalami masalah buasir luar dan merasakan kebenjolan dan kegatalan pada dubur. Kami memahami perasaan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, selain buasir, kebenjolan dan kegatalan pada dubur juga boleh disebabkan oleh abses dubur (anal abscess), atau jangkitan kulit. Kami memahami anda rasa malu untuk mendapatkan rawatan, namun kalau buasir luar dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesusahan membuang air besar.
Ada beberapa perkara tambahan yang anda boleh amalkan untuk memastikan masalah buasir tidak berulang. Antaranya :
- Mengambil makanan yang kaya dengan serat
- Minum air yang mencukupi
- Meletakkan ‘cold compress’ atau icepack pada dubur
Saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah anda supaya rawatan dapat diberikan. Anda tidak perlu berasa takut atau malu kerana doktor akan mengambil langkah untuk memastikan anda selesa.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.