
Sulit
4 tahun
Warn merah dan berair
Saya perempuan berumur 20 an. Saya pergi ke tandas dan keluar darah. Selepas tu saya pakai tuala wanita. Lepas tu darah tak keluar. Normal ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan anda mengalami pendarahan spotting. Pendarahan spotting boleh berlaku disebabkan perubahan hormon ketika anda bersenam. Namun begitu, ini hanyalah keterangan secara am, spotting juga boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ubat perancang kehamilan
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus (untuk wanita berusia)
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut jika:
- gejala berterusan dan melebihi 2 hari
- haid tidak datang
- gatal pada bahagian kelamin
- darah keluar dengan banyak
- demam
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!