Sulit
3 tahun
Weezing sound bila bernafas dan dada rasa berat
Saya wanita berumur 39thn, kdg2 ada berbunyi weezing bila bernafas. Dan rasa dada berat. Dada kiri kdg2 ada rasa cucuk2. Dan adakah jam yg boleh check heart rate tu accurate? Bacaan pada jam melebih 100 walu tgh rehat
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, wheezing ialah bunyi yang terhasil apabila slaur pernafasan menjadi sempit. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.