Sulit
4 tahun
Zakar ade sedikit bengkak
Saya lelaki berusia 23 tahun . Bahagian kulit berdekatan dengan kepala zakar saya mempunyai sedikit bengkak. Apakah sakit yang saya alami? Adakah bengkak biasa atau saya perlu pergi ke hospital?
4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkak yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan zakar - pada seluar dalam atau kain seluar
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulit (cellulitis)
- Penyakit kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.