
Sulit
3 tahun
Zakar dan buah zakar mengecut
Saya lelaki bujang umur 23 tahun mengalami masalah zakar dan buah zakar kerap mengecut sehingga terasa senak dan tidak selesa. Sebelum itu, saya kerap melakukan aktiviti onani. Adakah ini punca buah zakar saya mengecut dan turut terkesan zakar saya yang turut mengecut. Tambahan pula, jika saya melakukan hubungan sex hanya mampu bertahan dua minit dan terus terpancut. Minta pandangan Dr.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Zakar mengecut adalah sesuatu yang normal. Kegagalan untuk mencapai ereksi atau tidak cukup tegang pula disebabkan oleh masalah mati pucuk. Ejakulasi kurang dari seminit setelah penetrasi pula adalah masalah ejakulasi pramatang. Terdapat beberapa sebab lain buah zakar anda mengecut. Antaranya:
- varicocele
- spermatocele
- hydrocele
- hernia inguinal
- orchitis
- kanser testicular
- epididymitis
Oleh itu, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.