Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar menegang tetapi tak mengeluarkan air mani

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 24, 2021 10:26 AM

Sulit 9 bulan

Saya lelaki berusia 24 tahun…Akhir2 ini saya kerap beronani dan suatu hari saya mendapati zakar saya menegang tetapi saya tak terasa terangsang seperti biasa dan sejurus dari itu saya mendapati saya tidak dapat memancutkan air mani…adakah saya ini mati pucuk kerana zakar saya masih boleh menegang ? Saya dah tinggalkan tabiat buruk saya iaitu onani.Saya juga ada bermimpi dewasa dan saya mendapati saya mengeluarkan sedikit air mani yg cairan tidak pekat…sila bantu saya

Dr Sri Viknarajan 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.

Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!

Untuk pengetahuan anda, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.

Antara faktor yang menyebabkan kemandulan lazimnya terdiri dari:

  • Faktor genetik
  • Faktor usia & hormon
  • Masalah psikologi (akibat sering beronani)
  • Kecederaan organ kelamin (akibat sering beronani, seks yang terlalu agresif, dll.)
  • Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf organ kelamin terjejas iaitu:
    a) Penyakit jantung
    b) Diabetes
    c) Obesiti
    d) Kolesterol tinggi
    e) Darah tinggi

Justeru, penyakit yang terkait dengan kemandulan lelaki antaranya termasuk:

  • gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
  • gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen yang lain)
  • mati pucuk
  • kelainan struktur zakar
  • dan lain-lain

Antara perkara yang boleh dilaksanakan sebagai usaha mencegah kemandulan pula termasuk:

  • Jauhi faktor risiko di atas (selain faktor genetik)
  • Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
  • Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
  • Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
  • Jauhi tabiat beronani

Namun perlu anda tahu usaha pencegahan lazimnya hanya boleh memainkan peranan

  • terhadap faktor risiko yang tidak terkait dengan genetik
  • untuk memperlambatkan gejala kemandulan akibat faktor usia
  • mengembalikan kesihatan batin pada golongan muda

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Apr 24 2021 10:26:01 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah kesuburan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19