Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar saya tidak mengeras

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 2, 2020 1:18 PM

Sulit 5 bulan

Assalamualaikum. Saya seorang lelaki berusia awal 17 tahun mendapati zakar saya tidak mengeras seperti yang biasanya. Saya mengaku yang saya kerap melancap dari usia muda. Adakah saya mengalami mati pucuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah zakar tidak mengeras juga dikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Ini berlaku kerana badan gagal mengenal pasti ransangan terhadap alat kemain, dan otot alat kelamin tidak menegang. Ini menghalang seseorang dari melakukan aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan.

Selain dari kesan fizikal, mati pucuk jugak boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan pasangan. Mati pucuk boleh dirawat. Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat atau pun tidak, bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.

Yang pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah gaya hidup pesakit agar lebih banyak bersenam, berhenti merokok, diet yang seimbang, dan mengurangkan berat badan. Jika ini masih tidak berhasil atau pesakit susah untuk mengubah gaya hidup, alternatif lain seperti terapi minda boleh membantu. Pesakit boleh mendapatkan khidmat terapi psikoseksusual. Kaedah ini terbukti untuk merawat mati pucuk dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Sekiranya masih gagal, ubat boleh diberikan untuk merawat mati pucuk.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Feb 02 2020 13:18:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Masalah zakar kurang keras dan pancut awal Sy lelaki umur 45. Masalah zakar kurang keras dan tetiba lembik bila nak masuk faraj sera pancut awal. Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar saya tidak mengeras Assalamualaikum. Saya seorang lelaki berusia awal 17 tahun mendapati zakar saya tidak mengeras seperti yang biasanya. Saya mengaku yang saya kerap melancap dari usia muda. Adakah saya mengalami … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Zakar tidak keras pada tahap maximum Saya remaja dalam umur 20 an… Bagaimana saya mahu mengatasi masalah zakar yg tidak keras pada tahap maximum? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar saya tidak keras…bolehkah ia diubati dengan bersenam Saya lelaki berusia 23 tahun dan zakar saya tidak keras…adakah ianya boleh diubati dengan bersedam dan menfamalkan gaya hidup sihat? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Masalah batin dan masalah dengan psikologi Saya irwan berumur 30,msalah saya adalah dengan psikologi tapi saya juga ada maslah batin dan sukar untuk bertahan lama,dlu tidak saya selalu ada morning wood tapi sudah berapa tahun ni saya tak… Baca lagi...
2 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi