
Sulit
5 tahun
Zakar sy kering dan luka teruk dgn sendiri,
Sy alami sah hampir 3 minggu, dah macam2 krim klinik bagi, tapi masih sama. Sampai sakit bila luka tu kena air

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah zakar kering dan sakit yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Alahan pada krim atau produk pencuci
- Jangkitan kulat pada zakar
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.