elias2936
6 tahun
Zakar tak mengeras semasa persetubuhan
saya berumur 31 tahun…nafsu sex sy kuat tetapi zakar sy tidak mengeras langsung…apa masalah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi dipanggil disfungsi ereksi atau mati pucuk, ini boleh berpunca daripada:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































