Sulit
4 tahun
Zakar tidak keras dan lembik
Assalam…smnjk due menjak ni zakar sy kurang keras…kadang bile tengah brsame zakar sy tibe2 jadi lemau…lembik…and then smpai skrg zakar sy ttp mcm tu…apakah masalah sy doc…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah zakar yang tidak keras dan lembik. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya keadaan ini pada lelaki seperti :
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Trauma kepada alat kelamin
Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
- Mati pucuk
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

































