Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar tidak keras waktu pagi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 2:19 AM

Sulit 31 hari

saya lelaki berumur 30 kemungkinan lemah syahwat.waktu nak bersama zakar tidak tegang dan keras.bangun pagi zakar tidak keras

Dr Sashini Seeni 30 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mati pucuk berlaku akibat pelbagai faktor. Ia boleh berlaku akibat masalah pada salur darah, saraf atau hormon yang mengawal ketegangan batang zakar. Selain itu, kajian menunjukkan faktor emosi atau gangguan psikologi merupakan punca yang paling kerap menjadi penyebab kepada masalah ini. Mati pucuk yang berpunca daripada masalah salur darah selalunya terjadi kepada mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol serta yang menghidap masalah jantung. Pesakit yang mengalami kecederaan pada batang zakar atau pada tulang belakang adalah contoh penghidap mati pucuk akibat masalah saraf. Selain itu ubat ubatan atau kesan penyalah gunaan dadah juga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Contoh ubat yang mempunyai kesan sampingan mati pucuk adalah ubat bagi masalah kemurungan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat pakar urologi (Urologist) secara panggilan melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 02:19:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Mati Pucuk dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
2 hari
Sulit
Zakar tidak cukup menegang AsSalam/Hi Doc, I realized a couple of months back that my zakar tidak dapat menegang sempurna(90 darjah) and nafsu untuk hubungan seks saya menurun. FYI, saya currently on diabetic medication.… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Erectlie Dysfunction Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya sepertinya mempunyai simptom ED disebabkan tidak tahan lama. Ingim bertanya jenis ubat yang paling sesuai untuk diambil sebelum melakukan hubunban bersama iste… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar tidak keras pada tahap maximum Saya remaja dalam umur 20 an… Bagaimana saya mahu mengatasi masalah zakar yg tidak keras pada tahap maximum? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Tiada morning wood, ketagihan melancap,tidak pernah bermimpi basah, tahap ketegangan yang tidak memuaskan dan saiz zakar tang kecil hi, adakah normal jika saya tidak ada morning wood dan tidak pernah bermimpi basah ? saya mengaku bahawa saya ketagih dengan aktiviti melancap sejak umur muda lagibseaw 13 tahun. dan saya juga a… Baca lagi...
3 bulan
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >