Sulit
2 tahun
Zakar tidak sensitif
Hi doktor, saya lelaki 18 tahun, saya mengalami ketagihan melancap sejak 6 bulan lepas, hampir setiap hari saya terlibat dalam ketagihan ini, suatu hari itu saya rasa yang bawah pangkal zakar saya tidak mengalami deria rasa, saya risau yang saya mengalami mati pucuk, mohon doktor berikan penjelasan tentang perkara yang daya hadapi sekarang, saya tidak risau awalnya sebab saya tidak menggunakan apa ii benda yang keras atau berbahaya semasa onani, apa yang saya perlu lakukan doktor?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kekebasan zakar boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan pada zakar yang boleh berpunca daripada kecederaan, ubat-ubatan dan juga masalah khas seperti Multiple Sclerosis .
- Peyronie’s disease merupakan salah satu penyakit zakar dimana parutan tisu terkumpul di dalam zakar yang disebabkan oleh kecederaan. Ia juga boleh mengganggu pengsarafan zakar sehingga menyebabkan kekebasan. Ciri-ciri khas ialah zakar yang kelihatan bengkok.
- Penyakit kencing manis boleh mengganggu sistem pengsarafan secara am termasuk bahagian zakar.
- Penyakit yang mempengaruhi otak atau saraf tunjang.
- Mempunyai tahap hormon lelaki iaitu Testosterone yang rendah. Kemungkinan tahap hormon testosteron yang rendah boleh berkait dengan aktiviti beronani secara berlebih dan juga kekebasan pada zakar.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.