
Sulit
5 tahun
1.cirit birit 2.sakit ulu hati 3.selalu sendawa 4.selalu muntah 5.ombrophobia 6.agoraphobia 7.anxiety 8.panic atack
Saya lelaki 34 tahun. Saya kerap muntah pening kepala n sakit ulu hati… dada berdebar2. Selalu fikir yang bukan2… adakah sebab perut atau kesakitan mental sy?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda hadapi boleh disebabkan:
- Sakit asid refluks (gastrik)
- Radang hempedu - akibat jangkitan kuman, batu karang
- Masalah kesihatan mental - seperti keresahan juga boleh menyebabkan kesan fisiologi pada badan seperti yang dinyatakan diatas
- Keradangan paru-paru bawah - akibat jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.