
Sulit
4 tahun
1.jantung tiba tiba berdebar dan rasa melayang 2.rasa merenyam dari muka badan sampai kaki
1.saya lelaki berumur 31tahun mengalami masalah jantung berdebar tiba2 dan rasa melayang…tak kira tempat…dalam sebulan mesti ada skali kejadian mcm tu…dan keadaan kembali jormal selepas beberapa minit…ujian darah ape semua okey termasuk lah ujian jantung…jantung saye tak ada masalah…
2.badan terasa semut2 dari kepala muka tangan sampai kaki…nak kata gatal xgatal…tp mcm keadaannye kurang selesa…dan kadang2 sebelum terjadi nye jantung berdebar itu sye merasa keadaan kesemutan ini terlebih dahulu…tapi jarang berlaku…cume kesemutan nie kerap jugak berlaku pada saye…mntak pencerahan doktor utk masalah ini…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah jantung berdebar-debar bukan hanya disebabkan masalah jantung sahaja, ianya boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan faktor lain seperti:
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Kesihatan jantung amat penting. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Manakala, berkenaan rasa kesemutan pada badan pula, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah saraf
- Kencing manis ( diabetic neuropathy )
- Masalah sendi ataupun tulang belakang
- Slipped disc atau prolapsed intervertebral disc
- Ubat-ubatan
Rasa kesemutan boleh menjadi petanda masalah saraf. Hubungi pakar neurologi untuk membantu anda.
Akan tetapi, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda hadapi. Hal ini kerana untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan atau bertambah berat, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih