
Sulit
4 tahun
2/3 ketulan dileher kiri dan kulit kemerahan
hi dr…saya 30y,F,saya anemia.saya tiada demam,tiada batuk.ada ketulan dileher kiri buatkan kulit leher menegang dan sakit bila ditekan.adakah kemungkinan tibi dan bagaimana untuk mengetahui keputusan moutoux test positif/negatif.terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara simptom-simptom TB atau tuberculosis ialah:
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Hilang selera makan
- Berpeluh waktu tidur malam
- Demam
- Selalu keletihan
Dan TB boleh dikesan dengan melakukan Mantoux test. Ujian ini akan menyuntik cecair Tuberculin dalam kadar yang sedikit ke dalam kulit dan selepas 48-72 jam, doktor akan mencari benjolan di bahagian suntikan yang bermakna ujian adalah positif, jika tiada benjolan, bermakna ujian adalah negatif.
Antara sebab yang boleh menyebabkan nodus limpa di leher menjadi besar ialah:
- jangkitan telinga
- selsema ataupun flu
- jangkitan sinus
- jangkitan HIV
- mononucleosis (mono)
- jangkitan kulit
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.