Anonymous
6 tahun
2 bulan x period Tumit kaki kiri sakit
Sy rosma nak tanya doc ,sy sblum ni ambil perancang keluarga (depo) selama setahun, bulan 3 tahun ni sy berhenti ambil perancang tu. Smpai sekarang haid sy x normal, baru2 ni tumit kaki kiri sy kerap sakit… Apa sebab nya ye… Mohon penjelasan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kelewatan haid boleh disebabkan:
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan - seperti depo akan menyebabkan haid untuk normal dalam tempoh 3-6 bulan
- Kehamilan - ujian UPT mungkin tidak dapat mengesan hormon yang sedikit sangat
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala sakit pada tumit anda pula boleh disebabkan seperti plantar fascitis, terseliuh ataupun bursitis. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































