norsyaroni91
6 tahun
2bulan terlepas inject depo
Saya wanita berumur 28tahun dan sebelum ini Saya Ada ambil inject depo.saya da terlepas inject 2bulan yang lepas dan saya tekad until berhenti inject.tapi selepas berhenti inject,perut bahagian bawah terasa sakit seperti senggugut.kadang rasa sakit kadang tak.mohon penielasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat dua jenis kesakitan dalam haid.
Primary Dysmenorrhoea (Kesakitan sewaktu haid yang berlaku dalam kategori ini merupakan kesan dari proses fisiologi yang normal berlaku dalam setiap wanita)
- kurang bersenam
- merokok
- berat badan yang berlebihan
- tekanan emosi
Secondary Dysmenorrhoea (Dalam kategori ini, sakit yang berlaku ketika haid adalah disebabkan abnormaliti pada organ peranakan wanita itu sendiri.)
- Fibroid
- Endometriosis
- PCOS
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































