
Sulit
4 tahun
2bulan tidak datang haid pada umur 15
2bulan tidak datang haid pada umur 15 adakah tabiat onani mengganggu kitaran haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, onani tidak akan mengganggu kitaran haid seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita itu mengalami masalah haid tidak datang pada waktunya:
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Ketidakstabilan hormon
- Tekanan emosi dan stres
- Jadual aktiviti harian yang terlalu sibuk dan padat
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya kerana perkara ini perlu diberikan perhatian dan disisasat dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.