Sulit
5 tahun
3 bintik kecil berkelompok di atas penile head
Hi doktor,
Sebulan yang lalu, saya telah mendapati 3 bintik berkelompok timbul di atas penile head saya, keesokan hari selepas saya menjalinkan hubungan seks dengan partner saya. Saya mendapatkan Canesten (antifungal cream) dan menyapunya di atas 3 bintik berkelompok tersebut (seperti disarankan oleh pihak pharmacy). Dalam 3 hari, ianya seperti sembuh namun selepas 2 minggu, ianya seakan timbul lagi (bintik tersebut tidak membesar mahupun bertambah bilangan, cuma ianya tidak hilang). Oleh itu, saya mendapatkan rawatan di klinik swasta yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor tersebut telah memberikan saya Fusidic Acid krim. Saya menggunakan krim tersebut dan kelihatan memberi kesan. Namun setelah hampir 2 minggu (sekarang), saya mendapati 3 bintik kecil tersebut tidak hilang (leaving a scar dan membesar apabila berlaku ereksi serta seakan-akan tidak nampak apabila penis saya mengecil) dan seperti tidak sembuh sepenuhnya. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami sebarang gejala demam, sakit tekak dan sebagainya dan 3 bintik tersebut tidak menimbulkan rasa gatal mahupun bertambah bilangannya.Apakah yang berlaku ? Adakah saya dijangkiti STD ? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsulti di platform ini adalah lebih terhad berbanding dengan berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana doktor boleh mendapatkan maklumat lanjut, melakukan pemeriksaan serta ujian terperinci. Hal yang demikian sangat penting sebelum diagnosis boleh diperolehi. Lebih-lebih lagi untuk masalah kulit, melihat sendiri kondisi kulit anda, sangat membantu pakar perubatan membuat kesimpulan.
Melalui penerangan anda sahaja, sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada ianya jangkitan STD atau masalah lain. Selian itu, ia juga berkemungkinan disebabkan oleh:
Cyst
Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































