
chaiyang8453
5 tahun
3 bulan lewat period
Saya belum kahwin dan tidak mengandung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Tekanan emosi/Stress
- Penyusuan badan
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
- Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti corak haid anda sebelum ini(adakah haid anda teratur).
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti perdarahan haid yang banyak, perdarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Sila rujuk kepada pihak kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami.