
Sulit
5 tahun
3 bulan tidak period
saya wanita dlm 20’an. saya sudah tidak datang haid 3 bulan. dan saya juga tidak mengalami sebarang tanda² hamil. 3 bulan lepas saya pernah mengambil 1 jenis ubat ubatan(sane nang). adakah itu berkaitan dgn ubat yg pernah saya ambil atau tidak? saya juga pernah buat pregnancy test tapi result yang saya dapati agak mengelirukan. result tersebut menunjukkan satu garis yg terang dan satu garis yg agak pudar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian UPT yang menunjukkan 2 garis walaupun samar-samar boleh menandakan tanda positif hamil
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan ubat atau suplemen seperti yang anda pernah ambil
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.