
cnongismail
5 tahun
3bulan selepas pembedahan buasir
saya suda jalani pembedahan buasir 3 bulan lalu… slepas sebulan lebih telah sembuh sepenuhya itu pun slpas mbuat check skali lagi kerana setelah sebulan blom sembuh… masalahnya skrg selepas sebulan sembuh saya mgalami sakit dan pedih kembali semasa buang air besar… adakah saya mengalami penyakit buasir lagi dalam tempoh yg singkat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dan pedih semasa membuang air besar boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka di dubur
- Buasir ialah apabila saluran darah berdekatan dinding dubur membengkak
- Divertikulum adalah masalah dalam usus yang mana dinding usus seperti melekuk-lekuk
- Inflammatory bowel disease merupakan suatu keadaan yang mana usus mudah meradang
Masalah buasir memang boleh berulang terutamanya apabila punca buasir tidak dibendung. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor khususnya sekiranya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.