
Sulit
4 tahun
4 bulan belum period
hai dktr… sy sudah 4 bulan belum period… dan sya ad msalah cyst… umur sy 27 tahun. boleh x sya ambil ubat untuk turunkan darah period. sy… sy risau lama sgt xdtg period… sy sudah berkhwin 4tahun… dh cek upt… tp negativ…

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidak datang haid. Untuk makluman anda, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa melakukan pemeriksaan dan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kesihatan anda.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih