
Sulit
4 tahun
5 bulan tak datang period
hi doktor saya nak tanya saya dah 5 bulan tak period , saya dah berkahwin ,2 hari lepas saya terjaga malam , saya sakit senggugut , tapi takde period, lepastu sakit perut, ingat nak buang besar, saya buang besar rasa dia sama macam tengah period , saya dah check kencing , UPT agak kabur x nampak sngt , pagi saya test lagi sama kabur tapi lepas 10min baru nampak kabur , adakah positif atau negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Kami faham masalah berkenaan haid lewat yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa ujian UPT boleh menjadi negatif atau samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Jika anda masih ragu-ragu kerana keputusan UPT anda kabur, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.