
amiramihat26
4 tahun
5 hari selepas pembedahan buang tonsil
Saya operation removed tonsil on tuesday 27 oct 2020, now dah hari ke 5, saya ada masa sakit utk minum air dan rasa loya, tempat operation tiada darah so far, adakah normal utk saya rasa mcm ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Memandangkan anda baru 5 hari selesai menjalani pembedahan, sakit untuk minum air dan rasa loya merupakan kesan sampingan yang tidak serius selepas pembedahan tonsil. Namun begitu, ia mungkin menjadi serius sekiranya anda mengalami pendarahan atau sesak nafas. Sekiranya perkara seperti sesak nafas atau pendarahan berlaku, saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa langkah yang anda boleh mengambil di rumah untuk pesakit yang menjalani pembedahan tonsil:
- Ubat: Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat antibiotic. Pesakit digalakkan mengambil ubat yang diberikan dengan betul dan tidak meninggalkan dos
- Kebersihan mulut: Pesakit perlu sentiasa memastikan mulut sentiasa bersih sepanjang proses penyembuhan. Hal ini kerana mulut yang kotor akan mnegundang jangkitan kuman kepada bahagian yang menjalani pembedahan. Penggunaan cecair kumuran akan mencepatkan proses penyembuhan.
- Sajian makanan: Makanan keras harus dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair yang berkalori tinggi harus diamalkan pada hari pertama pembedahan. Makanan sejuk seperti aiskrim akan membantu proses pengunyahan dan penelanan.
- Aktiviti harian: Pesakit haruslah berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti berat.
- Merokok: Merokok adalah dilarang kerana ia akan menganggu proses penyembuhan
- Lawatan dan temu janji berikut: Pesakit haruslah mengikuti temu janji yang diberikan selepas keluar dari hospital. Ini akan membolehkan perawat memeriksa dan menilai tahap penyembuhan selepas pembedahan.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.