
Sulit
5 tahun
8 minggu selepas bersalin keluar darah sedikit dari faraj
hello doktor,saya baru sahaja bersalin sebulan yang lepas bulan depan masuk 2 bulan sudah. hari ini ada sedikit darah keluar dari faraj saya,jumlah yang sangat sedikit. satu tuala wanita saja tidak penuh saya pakai,tapi ada keluar sedikit sedikit sahaja. apakah maksud itu doktor adakah itu normal atau tidak? adakah itu darah haid atau bukan? dan ada juga macam senggugut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, itu kemungkinana besar adalah darah haid. Haid akan lebih cepat berlaku jika wanita yang baru bersalin tidak memberi susu badan kepada anak mereka.
Jika warna cecair yang keluar itu berwarna putih atau krim, itu mungkin darah nifas atau keputihan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.